Nota

Huraian Sukatan Pelajaran PJK
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 1
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 2
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 3
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 4
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 5

Rancangan Pelajaran Tahunan PJK
Rancangan Tahunan Pjpk Tingkatan 1
Rancangan Tahunan Pjpk Tingkatan 2
Rancangan Tahunan Pjpk Tingkatan 3
Rancangan Tahunan Pjpk Tingkatan 4
Rancangan Tahunan Pjpk Tingkatan 5

NOTA TINGKATAN 4
 
PERKHEMAHAN
Konsep - Tempat untuk berlindung sementara
Tujuan - Melatih kita berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan yang serba kekurangan.
Persediaan Sebelum Perkhemahan – terdapat 5 peringkat
1.    Pembentukan jawatankuasa
·         Merupakan penggerak kepada sesuatu perkhemahan
·         Bagi memastikan program dapat dirancang dengan bersesuaian.
·         Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat perkhemahan dan aktiviti yang dijalankan.
 2.    Kenal Pasti kawasan
·         Suatu perkara yang mesti bagi memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat
·         Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kemudahan asas, mempunyai ciri – ciri keselamatan yang terjamin dan mudah untuk berhubung.
3.    Surat Kebenaran
·         Kebenaran bertulis daripada JPN/PPD melalui pengetua.
·         Surat makluman pihak polis untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.
·         Surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sebelum pelajar menyertai perkhemahan.
·         Insuran kelompok untuk  semua peserta sebelum aktiviti perkhemahan.
4.    Belanjawan
·         Memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama tempoh perkhemahan.
·         Termasuk kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan, makanan dan jenis – jenis aktiviti yang dijalankan.
5.    Alatan Perkhemahan
·         Bahagian Dapur – tong gas, kuali,tikar, baldi, cawan, mancis, bhn masak
·         Alatan Perkhemahan – khemah, tali, kayu pancang, generator, wayar sambungan
·         Alatan Urus Setia – Peti pertolongan cemas, Bendera, Pembesar suara, wisel, belerang
·         Alatan Individu – Baju, selipar, kasut sukan, tuala, baju hujan,
Persediaan Semasa Perkhemahan – terdapat 4 perkara
1.    Kedudukan kawasan perkhemahan
·         Kawasan yang luas dan sesuai dengan bilangan peserta
·         Kemudahan asas seperti air, elektrik dan tandas
·         Kemudahan pengangkutan untuk kecemasan
·         Tidak terlalu dekat dengan sungai atau laut.
·         Elakkan berkhemah di bawah pokok yang reput dan berbahaya
 2.    Susunan tempat perkhemahan
·         Disusun dengan rapi supaya tidak diceroboh oleh orang luar
·         Kedudukan khemah pelajar lelaki dan perempuan diletak pada jarak yang sesuai.
·         Khemah guru terletak di antara khemah pelajar lelaki dan perempuan supaya mudah dihubungi.
·         Kedudukan kawasan urus setia perlu strategik kerana pengawasan 24 jam perlu diadakan.
·         Bagi khemah pelajar perempuan, pondok kawalan diadakan untuk menjaga keselamatan mereka.
·         Khemah makan berdekatan dengan khemah pelajar supaya mereka mudah bergerak.
3.    Aktiviti yang dijalankan
*        Bergantung kepada objektif perkhemahan – orentaring, merentas hutan, snorkelling, kayak, flying fox, jungle trekking, malam kebudayaan dan lain – lain
4.    Peraturan dan keselamatan semasa perkhemahan
*        Aspek – aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan :
a.    Berjalan secara berkawan pada waktu malam – 2 org bagi pelajar lelaki / 3 org bagi pelajar perempuan
b.    Membawa wisel dan menggunakan ketika kecemasan
c.    Tidak dibenarkan keluar khemah pada waktu tidur
d.    Berada di khemah masing – masing semasa roll – call
e.    Mendapatkan kebenaran daripada guru penasihat
f.     Membawa lampu picit pada waktu malam
g.    Kotak pertolongan cemas berada di kawasan urus setia
h.    Pastikan pelajar mengikuti tugasan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa
i.      Tidak membawa barang – barang berharga
j.      Berada di tempat aktiviti 10 minit sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.
k.    Memastikan penggunaan kata laluan digunakan sepanjang aktiviti dijalankan pada waktu malam.
l.      Alam sekitar tidak dimusnahkan

Persediaan Selepas Perkhemahan
1.    Di tempat perkhemahan
·         Sampah sarap ditanam – tidak mendatangkan bau busuk
·         Bersihkan tempat pembuangan sampah dan sekitar tapak perkhemahan
·         Semua ahli menjalankan tanggungjawab yang dijadualkan
·         Persiapan pulang disiapkan sejam sebelum pengangkutan sampai
·         Laporkan kepada guru pengiring jika terdapat masalah atau kerosakan pada alatan

2.    Di sekolah
·         Alatan dihantar ke tempat simpanan
·         Membuat kiraan alatan dengan rapi dan menyerahkannya kepada penjaga stor
·         Khemah dibersihkan dan dijemur sebelum dipulangkan
·         Mesyuarat post – mortem perlu dijalankan 2 minggu selepas perkhemahan dan laporan mesyuarat hendaklah disampaikan kepada guru penasihat dan pengetua sekolah.